Tuesday, August 14, 2007

PEMIMPIN YG BOLEH DITUNJUK DENGAN JARI

Belum pernah pemimpin yang ditunjuk oleh jari di dalam sejarah dapat menegakkan keadilanMereka kalau ada pun paling baik hanya dapat membangunDapat membuat berbagai-bagai kemajuan dan kemudahan di dalam negaraBelum pernah berlaku di dalam sejarah pemimpin yang dilahirkan oleh demokrasi dapat membawa kasih sayangKalau berlaku pada lahirnya ada kasih sayang hanya kasih sayang yang pura-puraKalau begitu mengapa kita mengharapkan sangat keadilan dari seorang pemimpin yang ditunjuk oleh jariLebih-lebih lagi apa yang kita harapkan dapat kasih sayang darinya?Padahal kita yang inginkan keadilan dari pemimpin itu, menempuh jalan demokrasi jugaMenempuh jalan yang sama, hasilnya sama jugaKalau pemimpin itu kita tukar dengan jari kita maka diganti pula pemimpin yang lainKita akan dapat jawapannya sama sahajaMana boleh sistem demokrasi melahirkan pemimpin yang adil dan dapat memberi kasih sayang yang tulenKalau begitu lebih baik kita didik rakyat dan asuh orang ramai membaiki diriTerutama kita yang menganjurkan itu lebih dahulu membaiki diriMoga-moga dengan itu Tuhan akan lahirkan segera pemimpin yang Allah sendiri tunjukApabila Tuhan yang tunjuk pasti pemimpin itu adil dan pengasih dan penyayangMana boleh kita hendak makan kuih bahulu, mengikut acuan apam balikMana mungkin kita tanam pokok rambutan inginkan buah durianTidak mungkin di kalangan rakyat yang masih jahat hendak melahirkan pemimpin yang baikPemimpin cara demokrasi ertinya pemimpin dari rakyatKalau kita ....pun dan rakyat seluruhnya masih jahat bagaimana hendak melahirkan pemimpin yang baikBerapa banyak pemimpin yang silih berganti yang berlaku oleh sistem demokrasi Hasilnya sama sahaja bahkan adakalanya yang mengganti lebih jahat lagi daripada yang digantiSekalipun yang mengganti itu atau yang menang itu katanya memperjuangkan IslamBukankah dunia telah membuktikan berapa ramai pemimpin yang silih berganti oleh sistem demokrasi Tidak ada seorang pun yang adil dan membawa kasih sayang Mengapa kita tidak boleh berfikir lagi?!

6 comments:

PUTRAGABAN said...

tahniah kerana menjadi keluarga baru blogger

Suara Perindu said...

rindulah,

guana mu ning. dok balik Kedah ke?
Sejak bila mu pandai main blog ni. masih di rtm lagi ke?

PUTRAGABAN said...

Dia belajar dari Saeei dan ese. La ni tak banyak balik kedah. balik ganu dan perak.

Unknown said...

cukup la jadi pemimpin dalam rumahtangga.."ayah mithali"

Tirai Hidup said...

sab,mung ni orang ganu ke Kedah?kedah tang mana??
Nasihat berguna aku kat mu..kalau dah ada blog passwor jangan letak merata rata...dan biarrqq anak main!!!Dah tau mudah lupa lenkali tulis di banyak tempat misalnya dalam bilik ayarrq,bawah katil,dalam dairi dan buku buku yg gemar dibaca,buat macam sticker letak dalm kereta dll!Ataupun buat tunggul dalam rumah bila lupa sepak jer...pasti ingat!!
Atau beri password kat Budin dan bila lupa tanya dia...dan kalau dia lupa boh penumbok se das!!!hahhahahhahha....

Tirai Hidup said...

Apa daa n3 ni tak der titik????
Ada masalah dgn keybod ke???